Blogger templates

Wednesday, 23 January 2013

TIPS : MENGURUS WANG DENGAN BIJAK



1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan
Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda.

Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang. Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.

2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)
Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.

3. Lunaskan hutang kad kredit Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!


4. Mencarum dalam pelan persaraan Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.



5. Menabung. Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.

6. Melabur. Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.

7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.


*******************************************************************************************************************************
Silakan beri komen, cadangan atau apa-apa sahaja yang ada dalam fikiran anda itu di kotak komen. Jika berminat, anda boleh share entry ini di laman Mukabuku, Twitter dan Tagged anda. Anda dibenarkan mengambil segala artikel disini sama ada secara sah atau tidak sah. Terima Kasih.
********************************************************************************************************************************

0 komen:

Post a Comment